Renovasi di Pusat Aktiviti Warga Emas Gombak, PAWE.

Setiap yang Muda, pasti ada yang Tua..

Awal Februari, 2020 syarikat ayahjo dianugerah kerja-kerja menaiktaraf Pusat Aktiviti Warga Emas Gombak. Akhir Disember, 2019 sejumlah 8 syarikat (Vendor UIAM) dijemput untuk hadiri taklimat kerja ini.Format sebutharga berkontrak perlu disediakan. 2 bulan jugak menunggu keputusan dari Jawatan Kuasa pemilihan Kontraktor. ALHAMDULILLAH…. JM Base Enterprise dianugerah projek ini.

Tempoh kerja 6 minggu, tapi kami sempat buat 4 minggu, lepas tu kena stop sebab Pendemik Wabak Covid 19.Kerja almost siap 85%, tinggal 15% je lagi. Tapi pihak kerajaan (CIDB Dan UIAM) minta kami stop job. Memang terkesan, hampir 3 bulan kerja tak bergerak. Dalam pada tu ayahjo mohon kebenaran bersyarat untuk menerus kerja-kerja ni.

Awal Jun, 2020 kerja-kerja siap dengan sempurna. Terimakasih kepada wakil-wakil pelanggan (Jabatan Masyarakat dan UIAM ) yang menyokong syarikat kami.

Leave a Reply