Renovation di Sekinchan, Selangor Darul Ehsan.

Terimakasih kepada pemilik Resort Cikgu Wawa melantik JM BASE Enterprise sebagai Kontraktor untuk kerja – kerja ubahsuai dan pembaikan di resort ini. Ayahjo dan crew sangat teruja untuk tugasan baru ini.

Kami diminta untuk membaiki dan mengubahsuai 2 unit kediaman di resort ini. Bagi unit kediaman berkayu,pelanggan mahu membesar ruang dapur termasuk laman belakang untuk diletak kolam mandian. Ayahjo telah menyediakan lakaran cadangan awal kepada pelanggan. Kemahiran crew kami dibidang pertukangan rumah kayu, memudahkan lagi kerja-kerja ini dilakukan.

Bagi unit kediaman bungalow berbatu, pelanggan mahu menaiktaraf ruang dalaman, bilik di aras attic serta ruang terrace makan di bahagian belakang bungalow.

Dalam masa 20 hari crew JM Base Enterprise berjaya menyiap dengan sempurna dan mendapat pujian dari pihak pelanggan kami.

Ayahjo.

Leave a Reply